Thursday, February 4, 2010



Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;

"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

H.R. Abu Daud

Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggarnbarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Umat Islam walaupun mereka mernpunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.

Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan" yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalarn bentuk kembar dua, iaitu “cinta dunia” dan 'ttakut mati". Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil danti dak mahu mendermakan harta di jalan Allah s.w.t. Manakala “takut mati" pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agarna Allah s.w.t.

Kitaa berdoa agar Allah s.w.t. menurunkan mushrahNya kepada kaum muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat. Insyallah.

Bila membaca hadis nie.. barulah tahu kenapa hati ini jarang tenang... segala-galanya untuk akhirat kelak bukan kesenangan dunia...




Rasulullah saw bersabda:
“Barangsiapa yang menjadikan dunia sebagai cita-citanya, Allah akan mencerai-beraikan urusannya, memperjelas kesempitannya, menjadikan kefakiran di depan matanya, dan tidak memberikan dunia kepadanya kecuali apa yang tercatat baginya. Dan barangsiapa yang menjadikan akhirat sebagai cita-citanya, Allah akan mengumpulkan cita-citanya, menjaganya dari kesempitan, menjadikan kekayaan bersemayam dalam hatinya, dan dunia akan datang kepadanya dalam keadaan rendah dan hina.”........

Thursday, January 28, 2010

ASAS-ASAS ISLAM



Assalamualaikum, setelah lama x mengupdate.. akhirnya ana bertekad nak berkongsi buku yang ana baca diatas... bagi ana buku ini wajib dibaca kerana ia menerangkan islam secara asanya.. dan semua harus memahami dan memperbaiki diri dengan menambah amal ibadat kita sama ada di dunia dan akhirat..

Islam ialah tunduk dan patuh kepada perintah Maha Pemerintah dan larangan Nya tanpa bantahan. Dinamai agama kita ini dengan Islam kerana ia mengajarkan kepatuhan kepada Allah dan tunduk kepada perintahNya tanpa membantah.Islam itu adalah agama sejagat semesta, kerana Islam bermakna takluk dan mengikut segala perintah Maha Pemerintah dan menjauhi laranganNya tanpa bantahan sebagai yang anda ketahui terdahulu.

Bagi manusia, dalam hidupnya ada dua pihak yang berlainan:

Pertama: Ia tunduk kepada undang-undang fitrah, mengikutinya begitu sahaja. Yang lain, kepadanya didatangkan akal, kekuatan berfaham ketelitian dan pandangan, maka ia menjadi Islam pada satu pihak dan ingkar pada yang lain. Ia menyukai satu jalan dan membenci cara.yang lainnya. Diletakkannya dalam dirinya pengawal bagi sudut-sudut ke hidupan yang bermacam-macam itu. Atau ia menerima peraturan-peraturan kehidupan yang diletakkan oleh orang lain. Ia tidak terbelenggu di dunia ini. Bahkan ia mempunyai kemerdekaan berfikir dan memilih dalam pandangan dan perbuatan.

Ini adalah dua golongan yang berlainan yang dijumpai dalam hidup manusia. Setiap orang mengikut apa yang ada padanya. Golongan yang pertama adalah Muslim yang telah tercipta atas Islam dan telah terfitrah untuk melaziminya. Ia menyertai makhluk lain di alam ini. Ini telah pun anda ketahui terdahulu.

Golongan yang lain, Islam atau tidaknya adalah dengan piihan. Dan pilihan ini menyebabkan manusia tergolongan dalam dua golongan:

Manusia yang mengenal penciptanya, beriman kepada Nya sebagai Tuhan, pemilik dan tuan bagi dirinya. Ia mengikuti undang-undang syaraNya di dalam kehidupan pilihannya (ikhtiyariyyah), sebagaimana ia menurut kepada undang undang tabiiNya dalam kehidupan paksaannya (al-jabariah). Inilah orang Muslim yang sempurna, yang telah menyempurnakan Islamnya, kerana kehidupannya sekarang telah menjadi Islam itu sendiri. Ia telah menundukkan diri secara gemar dan taat kepada yang dipatuhinya dan yang ia terikat kepada undang-undangNya tanpa perasaan sebelumnya. Dan jadilah ia sekarang secara qasad dan sengaja taat kepada Tuhannya, yang sebelum itu dipatuhinya tanpa qasad dan kemahuan. Dan jadilah ilmunya itu benar, kerana ia mengenal Allah penciptanya dan Tuhannya yang telah mengurniakan kepadanya kekuatan ilmu dan belajar. Dan jadilah akalnya matang dan pandangannya kemas, kerana dia mengamalkan fikirannya, kemudian ia menetapkan hokum bahawa ia tidak akan mengabdikan dirinya melainkan kepada Allah yang telah memberinya kemuliaan dengan kebijakan berfaham dan berfikir di dalam perbagai perkara. Dan jadilah lidahnya benar, memperkatakan yang hak, kerana ia sekarang tidak berikrar melainkan kepada Tuhan yang esa, ialah Allah yang maha tinggi yang telah mengurniakan kepadanya kekuatan berucap dan berkata. Tiadalah yang tinggal lagi sekarang di dalam kehidupannya melainkan kebenaran, kerana ia terikat kepada undang-undang Allah, kerana ia telah memilihnya di dalam urusannya. Dan menjadi panjanglah tonggak perkenalan dan keramahtamahan antara dirinya dengan semua makhluk di alam ini, kerana ia tidak mengabdi melainkan kepada Allah yang maha bijaksana dan maha mengetahui. Tuhan yang kepadaNya seluruh makhluk ini memperhambakan diri, tunduk kepada penintah-Nya dan terikat kepada undang-undang Nya Sekarang, jadilah ia khalifah Allah, yaitu naib-Nya di muka bumi ini. Setiap benda didunia ini adalah untuknya. Dan dirinya adalah untuk Allah Taala sendiri-Nya.

Monday, December 21, 2009

Islam agama yang syumul..

Islam adalah agama yang syumul yakni menyeluruh. Kebanyakan orang yang berpendidikan kini setuju dengan kenyataan tersebut tetapi tidak ramai yang dapat menghayati kepentingannya dari segi tarbiah, dakwah dan harakah.

Sunday, December 20, 2009

Jalan Yang Menyampaikan Kepada Ma'rifat

Nabi s.a.w bersabda: " Fikirkanlah mengenai segala makhluk Allah dan janganlah kamu memikirkan tentang zat Allah kerana yang demikian menyebabkan kamu binasa (dalam kesesatan)."

Sunday, November 22, 2009

Jangan Kedekut Memberi Ilmu


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.”

Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi

Ghuluw: Sikap Yang Perlu Dihindari....

Salam...
Lama sudah x memposting kat blog..
disebabkan dh sem baru maka adalah azam baru...
apa-apapun terima kasih banyak pada kekasih hati saya...
sebab bagi kekuatan untuk teruskan blog nie...

Ghuluw adalah
sikap atau perbuatan yang berlebih-lebihan di dalam perkara agama sehingga melampaui apa yang telah ditetapkan melalui batasan syari'at sama ada berbentuk keyakinan atau perbuatan.....
~http://bahaya-syirik.blogspot.com/~

Berdasarkan surah-almaidah ayat 77...
Katakanlah: "Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampau dalam ugama kamu secara yang tidak benar, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum yang telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia, dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul"....

Sikap berlebih-lebihan di dalam agama, di antaranya:

1.Tanaththu'(Ekstrem)

Daripada 'Abdullah B. 'Abbas (radhiyallahu 'anhu), beliau berkata:
Berkata Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam: "Celakalah orang-orang
yang melampaui (ekstream)" dan beliau mengulanginya sebanyak tiga kali.

2. Tasyaddud (Memberat-beratkan Diri)

Daripada Abu Hurairah, bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam telah bersabda:
Sesungguhnya agama ini adalah mudah, dan tiada seorang pun yang cuba menyusahkan
diri di dalam perkara agama ini melainkan dia pasti akan gagal.

3. I'tida' (Melampaui ketetapan Syari'at)

Berdasarkan surah Surah al-Baqarah,ayat 187
Maksudnya itulah batasan yang telah ditetapkan oleh Allah, maka janganlah kamu
melanggarnya. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayatnya kepada manusia supaya
mereka bertaqwa.

4. Takalluf (Memaksakan Diri Dengan Mengada-adakan Sesuatu)

Berdasarkan surah Surah al-Shaad, ayat 86
Maksudnya katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku tidak meminta upah sedikitpun
kepadamu atas da'wahku dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang mengada-adakan"



Contoh-contoh Ghuluw:
1.Ghuluw Dalam Perkataan (atau Ucapan)
2.Ghuluw Dalam Keyakinan (I'tiqad)
3.Ghuluw Dalam Amal Perbuatan
4.Ghuluw Dalam Semangat