Tuesday, November 20, 2012

ReZeKi AllAh itu BaNyak



 KeNapa Aku Tag GamBar niE?

DeKat SiNilah..
Aku MengenAl Pak Tam. En Rafek.
terLalu baNyak akU beLajaR waLauPun SekeTika..
SetInggI-tinGGi terIma KasIH..
شكرا جزيلا

WaLaupUn SeKetiKa..
AkU mengEnal BanYak KarAkter DirI aku SenDiri 

penGalaMan aku Di SinI tidAk akan Aku LuPakan..
aPa YanG menYentUh perAsaaN aku..
akU menGenaL paTern-paTern iBu-baPa
laNtas kaLimat syUkur seNtiasA aku Ulang
BeNarlah Kata ALLaH 
SeNtIasaLah BeLajar BerSyukur

DeKat siNi akU keNal wAn+ArShad+MaR+aYu+DyAna+laLa
baNyak SnGatlaH..
BaGusNya meRekA inI seNtiasA menGingaTi SaHabat
AkU seNtiasA akaN menginGati KaMu
BiArpuN berBeza PandAngan.
aKu teTap SayANg kamU

wAlauPun SeKetika di Sana..
ReZeki AllAh itu Luas.
AlHamdulillah.. dapat tawaran di AgroBank..

TeriMa KasiH SaIdinA SmaRT

*Recommend untuk ibu bapa di Johor...!

AkU riNdu GaZa..



1 Muharam 1434 Hijrah..

GaZa kemBali BerDarah..
Kali terakhir rasanya kita dengar ketika perisitiwa Mavi Marmara..
Rasa marah+sedih+pilu
Tapi cukup ke sekadar perasaan itu.
Kisah Israil Laknatullah ini tidak akan ada kesudahan selagi mana kita tidak berada dalam keadaan jemaah

Yahudi ini cukup gentar jika kita berada dalam keadaan jemaah
Yahudi ini gerun jika kita tidak meletakkan harta dunia sebagai ukuran
Yahudi ini akan berundur jika kita sentiasa menjaga solat berjemaah

Cukup ke sekadar memboikot
Tidak akan cukup.. itu hanya langkah permulaan
Apa langkah terakhir kita?

Aku rindu pada Gaza..
sebab aku teringin ke sana..
teringin sembahyang di masjid al-aqsa..
teringin mempunyai saudara di sana..

TaBahkaNLah HaTimU AnAs..

GeNap 2 taHun x UpdAte Blog.. 

AkHirnYa hari InI keMbali AktiF.. TeMpoH seTaHun InI. benAr-beNar menGuji Aku...
 BerTukaR-tuKar teMpat KerJa... 
BaNyak DugAaN yaNg beRlAku.. 
AKu HamPir BerPutuS Asa.. 
TeTapi TerIma KasiH iBu dan AbaNg-abAngku..
 KeRna Aku X BisA ganTikan DenGan apA-apA.
 MeLaiNkan DenGan Doa TiDak puTus-puTus..




Saturday, October 22, 2011

Al Rahman



Dari kata dasar Ar-Rahmah
Dipakaikan kepada orang yang pengasihan yang menjadi tempat pergantungan orang lain.

Terdapat ulama' menyatakan Al-Rahman bererti

1. Memberikan keperluan dunia manakala Al-Rahim (memberikan keampunan dalam akhirat)

2. Abdullah bin AlMubarak -> apabila diminta diberikan manakala Al-Rahim (diminta dimarahi)

3. AsSuddi -> melepaskan segala malapetakan manakala Al-Rahim mengampunkan segala dosa

3. Ada juga mengatakan yang baik dan mahukan kebaikan ihsan yaitu
    [diambil dari Ar-Rahmah yang bererti kebaikan (Al-Birru) dan kebajikan (Ihsan)]

4. Menurut Bahasa Arab, ArRahman menunjukkan sifat yang setimbangan
   [melimpahkan nikmat kurniaan] manakala Ar Rahim sifat yang tetap
   [ menunjukkan rahmat Allah itu selalu dan tetap]

5. Mengasihi hamba:
    peringkat pertama ia menciptakan hamba,
    peringkat kedua menunjuki mereka keimanan dan jalan kebahagaiaan
    peringkat ketiga beri kebahagiaan dalam akhirat
    peringkat keempat ia melahirkan keenakan kepada hamba bila memandang kepada wajahNya
    yang maha mulia

Intipati maksud:

Ar-Rahman lebih khusus dari Ar Rahim kerana ia tida boleh dipakaikan kepada yang lain sebab ia mendekati sifat-sifat seperti Al-Ilmu.


Ini berlandaskan firman Allah di dalam Al-Quran Surah Isra' ayat 110 yang bermaksud " Pohonilah Allah atau pintalah kepada Ar-Rahman. Mana-mana juga yang kamu pohonkan"

Monday, September 19, 2011

Sabar


Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sesak dada dan gelisah, dan aku berlindung padaMu dari kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung padaMu dari sifat pengecut dan kikir, dan aku berlindung padaMu dari dilingkupi hutang dan dominasi manusia.

Ya Allah, sihatkanlah badanku, Ya Allah, sihatkanlah pendengaranku, ya Allah, sihatkanlah penglihatanku, tiada Tuhan selain Engkau.

Wednesday, June 22, 2011

Sayidina Abu Bakar berkata:

Terdapat lapan perkara yang menjadi perhiasan kepada lapan perkara:


– Menjaga perkara yang haram, perhiasan kepada fakir.
– Syukur perhiasan kepada nikmat
– Sabar perhiasan kepada bala.
– Tawaduk perhiasan kepada kemuliaan.
– Berlemah lembut perhiasan kepada ilmu.
– Merendah diri perhiasan kepada orang yang bercakap.
– Meninggalkan riyak perhiasan kepada kebaikan.
– Khusyuk perhiasan kepada sembahyang.

Wednesday, June 15, 2011

Pesan Saidina Abu Bakar

Sayidina Abu Bakar As Siddiq pernah meninggalkan pesan, katanya:



1. Siapa yang memasuki kubur dengan tidak membawa bekalan samalah seperti orang yang belayar di lautan dengan tidak berperahu.


2. Kegelapan itu ada lima perkara dan penerangnya juga ada lima perkara iaitu:
a. Cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah taqwa.
b. Dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat.
c. Akhirat itu kegelapan, penerangnya adalah amal soleh.
d. Kubur itu kegelapan, penerangnya adalah kalimah
‘La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah.’
e. Siratul Mustaqim itu kegelapan, penerangnya adalah yakin.