Thursday, January 28, 2010

ASAS-ASAS ISLAM



Assalamualaikum, setelah lama x mengupdate.. akhirnya ana bertekad nak berkongsi buku yang ana baca diatas... bagi ana buku ini wajib dibaca kerana ia menerangkan islam secara asanya.. dan semua harus memahami dan memperbaiki diri dengan menambah amal ibadat kita sama ada di dunia dan akhirat..

Islam ialah tunduk dan patuh kepada perintah Maha Pemerintah dan larangan Nya tanpa bantahan. Dinamai agama kita ini dengan Islam kerana ia mengajarkan kepatuhan kepada Allah dan tunduk kepada perintahNya tanpa membantah.Islam itu adalah agama sejagat semesta, kerana Islam bermakna takluk dan mengikut segala perintah Maha Pemerintah dan menjauhi laranganNya tanpa bantahan sebagai yang anda ketahui terdahulu.

Bagi manusia, dalam hidupnya ada dua pihak yang berlainan:

Pertama: Ia tunduk kepada undang-undang fitrah, mengikutinya begitu sahaja. Yang lain, kepadanya didatangkan akal, kekuatan berfaham ketelitian dan pandangan, maka ia menjadi Islam pada satu pihak dan ingkar pada yang lain. Ia menyukai satu jalan dan membenci cara.yang lainnya. Diletakkannya dalam dirinya pengawal bagi sudut-sudut ke hidupan yang bermacam-macam itu. Atau ia menerima peraturan-peraturan kehidupan yang diletakkan oleh orang lain. Ia tidak terbelenggu di dunia ini. Bahkan ia mempunyai kemerdekaan berfikir dan memilih dalam pandangan dan perbuatan.

Ini adalah dua golongan yang berlainan yang dijumpai dalam hidup manusia. Setiap orang mengikut apa yang ada padanya. Golongan yang pertama adalah Muslim yang telah tercipta atas Islam dan telah terfitrah untuk melaziminya. Ia menyertai makhluk lain di alam ini. Ini telah pun anda ketahui terdahulu.

Golongan yang lain, Islam atau tidaknya adalah dengan piihan. Dan pilihan ini menyebabkan manusia tergolongan dalam dua golongan:

Manusia yang mengenal penciptanya, beriman kepada Nya sebagai Tuhan, pemilik dan tuan bagi dirinya. Ia mengikuti undang-undang syaraNya di dalam kehidupan pilihannya (ikhtiyariyyah), sebagaimana ia menurut kepada undang undang tabiiNya dalam kehidupan paksaannya (al-jabariah). Inilah orang Muslim yang sempurna, yang telah menyempurnakan Islamnya, kerana kehidupannya sekarang telah menjadi Islam itu sendiri. Ia telah menundukkan diri secara gemar dan taat kepada yang dipatuhinya dan yang ia terikat kepada undang-undangNya tanpa perasaan sebelumnya. Dan jadilah ia sekarang secara qasad dan sengaja taat kepada Tuhannya, yang sebelum itu dipatuhinya tanpa qasad dan kemahuan. Dan jadilah ilmunya itu benar, kerana ia mengenal Allah penciptanya dan Tuhannya yang telah mengurniakan kepadanya kekuatan ilmu dan belajar. Dan jadilah akalnya matang dan pandangannya kemas, kerana dia mengamalkan fikirannya, kemudian ia menetapkan hokum bahawa ia tidak akan mengabdikan dirinya melainkan kepada Allah yang telah memberinya kemuliaan dengan kebijakan berfaham dan berfikir di dalam perbagai perkara. Dan jadilah lidahnya benar, memperkatakan yang hak, kerana ia sekarang tidak berikrar melainkan kepada Tuhan yang esa, ialah Allah yang maha tinggi yang telah mengurniakan kepadanya kekuatan berucap dan berkata. Tiadalah yang tinggal lagi sekarang di dalam kehidupannya melainkan kebenaran, kerana ia terikat kepada undang-undang Allah, kerana ia telah memilihnya di dalam urusannya. Dan menjadi panjanglah tonggak perkenalan dan keramahtamahan antara dirinya dengan semua makhluk di alam ini, kerana ia tidak mengabdi melainkan kepada Allah yang maha bijaksana dan maha mengetahui. Tuhan yang kepadaNya seluruh makhluk ini memperhambakan diri, tunduk kepada penintah-Nya dan terikat kepada undang-undang Nya Sekarang, jadilah ia khalifah Allah, yaitu naib-Nya di muka bumi ini. Setiap benda didunia ini adalah untuknya. Dan dirinya adalah untuk Allah Taala sendiri-Nya.

No comments: