Friday, October 3, 2008

Perkenankanlah Aku Mencintai-MU Semampuku

Tuhanku,
Aku masih ingat, saat pertama dulu aku belajar mencintaiMu…
Lembar demi lembar kitab kupelajari…Untai demi untai kata para ustaz kuresapi…

Tentang cinta para nabi.
Tentang kasih para sahabat.
Tentang mahabbah para sufi.
Tentang kerinduan para syuhada.
Lalu kutanam di jiwa dalam-dalam.
Kutumbuhkan dalam mimpi-mimpi dan idealisme yang mengawang di awan…

Tapi Ya Rabbi,
Berbilang detik, minit, jam, hari,bulan dan kemudian tahun berlalu…
Aku berusaha mencintaiMu dengan cinta yang paling utama,

Tapi…
Aku masih juga tak menemukan cinta tertinggi untukMu…
Aku makin merasakan gelisahku membadai…
Dalam cita yang mengawang.

Sedang kakiku mengambang, tiada menjejak bumi…
Hingga aku terhempas dalam jurang
Dan kegelapan…

Wahai Ilahi,
Kemudian berbilang detik, minit, jam, hari, bulan dan tahun berlalu…
Aku mencuba merangkak, menggapai permukaan bumidan menegakkan jiwaku kembali.
Menatap, memohon dan menghibaMu...

Allahu Rahiim,
Ilaahi Rabbii,

Perkenankanlah aku mencintaiMu,
Semampuku

Allahu Rahmaan,
Ilaahi Rabii

Perkenankanlah aku mencintaiMu SebolehkuDengan segala kelemahanku.

Ya Ilaahi,
Aku tak sanggup mencintaiMu
Dengan kesabaran menanggung derita
Umpama Nabi Ayyub, Musa, Isa hingga Al Musthafa.
Kerana itu izinkan aku mencintaiMu
Melalui keluh kesah pengaduanku padaMu
Atas derita batin dan jasadkuAtas sakit dan ketakutanku.

Ya Rabbii,
Aku tak sanggup mencintaiMu
seperti Abu Bakar,
yang menyedekahkan seluruh hartanya dan
hanya meninggalkan Engkau dan RasulMu bagi diri dan keluarga.

Atau layaknya
Umar yang menyerahkan separuh harta demi jihad.
Atau
Uthman yang menyerahkan 1000 ekor kuda untuk syiarkan dinMu.

Izinkan aku mencintaiMu, melalui seringgit-dua yang terulurpada tangan-tangan kecil di perempatan jalan,pada wanita-wanita tua yang menadahkan tangan di tepi jambatan.
Pada makanan–makanan sederhana yang terkirim ke handai taulan.

Ya Ilaahi,
Aku tak sanggup mencintaiMu
Dengan khusyuknya solat salah seorang shahabat NabiMu hingga tiada terasa anak panah musuh menujah di kakinya.

Kerana itu

Ya Allah,
perkenankanlah aku tertatih menggapai cintaMu,
dalam solat yang cuba kudirikan terbata-bata,
meski ingatan kadang melayang ke berbagai permasalahan dunia.

Ya Rabbii,
Aku tak dapat beribadah ala para sufi dan rahib,
yang membaktikan seluruh malamnya untuk bercinta denganMu.
Maka izinkanlah aku untuk mencintaimu dalam satu-dua rakaat lailku.
Dalam satu dua sunnah nafilahMu.Dalam desah nafas kepasrahan tidurku.

Yaa Maha Rahmaan,
Aku tak sanggup mencintaiMu bagai para al hafidz dan hafidzah,y
ang menuntaskan kalamMu dalam satu putaran malam.
Perkenankanlah aku mencintaiMu,melalui selembar dua lembar tilawah harianku.
Lewat lantunan seayat dua ayat hafalanku.

Yaa Maha Rahiim,Aku tak sanggup mencintaiMu semisal Sumayyah,
yang mempersembahkan jiwa demi tegaknya DinMu.
Seandai para syuhada, yang menjual dirinya dalam jihadnya bagiMu.
Maka perkenankanlah
aku mencintaiMu dengan mempersembahkan sedikit bakti dan pengorbanan untuk dakwahMu.Maka izinkanlah aku mencintaiMu dengan sedikit pengajaran bagi tumbuhnya generasi baru.

Allahu Kariim,
Aku tak sanggup mencintaiMu di atas segalanya,bagai Ibrahim yang rela tinggalkan putra dan zaujahnya,dan patuh mengorbankan pemuda biji matanya.
Maka izinkanlah aku mencintaiMu di dalam segalanya.
Izinkan aku mencintaiMu dengan mencintai keluargaku,dengan mencintai sahabat-sahabatku,dengan mencintai manusia dan alam semesta.

Allaahu Rahmaanurrahiim,
Ilaahi Rabbii
Perkenankanlah
aku mencintaiMu semampuku.
Agar cinta itu mengalun dalam jiwa.Agar cinta ini mengalir di sepanjang nadiku.

Thursday, October 2, 2008

Raya Aidilfitri




Tahun nie raya kat JB jek..
sebab abah pun x larat sangat.. so far raya pertama perut... bapak arrr kembung giler...
tahun nie jugak raya aku rasa sangat syukur.. berkat doa.. aku ngan adik beradik aku..
abah dh makin ok


pg td smyng raya... hati aku memang sebak giler


"ramadhan pergi memberikan seribu keampunan pada hambanya"


" doa yang berterusan insya allah akan di makbulkan"


first time nie beb.. gua mcm nk menangis td...
memang bermakna raya tahun nie......


balik2 smyng raya... amik gambar satu family
pastu "she" call me.. mintak maaf.....
n.. so..so

dari pagi sampai mlm..
ramai giler orng.. gua dh x larat...

Wednesday, September 17, 2008

HappY birThday MaLaysia!! I Love U

























Empat puluh lima tahun lalu, enam tahun selepas mengecapi kemerdekaan, negara ini mulai dikenal sebagai Negara Malaysia. Tarikh keramat 16 September 1963 menyaksikan pembentukan sebuah negara Persekutuan Malaysia yang berdaulat dan bebas merdeka. Pada hari tersebut rakyat Malaysia seluruhnya, dari Perlis hingga ke Sabah, tidak kira sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban, bersetuju untuk hidup bersama.

Hari Malaysia adalah hari untuk semua Rakyat Malaysia. Tarikh keramat 16 September 1963 menyaksikan pembentukan sebuah negara persekutuan Malaysia yang berdaulat dan bebas merdeka. Pada hari tersebut 45 tahun lalu rakyat Malaysia seluruhnya bersatu bersetuju untuk hidup bersama di dalam keadaan aman damai serta makmur perkasa.

I love Malaysia!!! Jngn gaduh2 la woii...

Friday, September 12, 2008

Manusia yang dibenci dan dikasihi rasulullah

Rasulullah bersabda bermaksud
"Sessunguhnya orang-orang yang aku paling aku kasihi di kalangan kamu dan orang yang paling dekat tempat duduknya denganku di hari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya. Sessungguhnya orang yang paling aku benci dan jauh dariku adalah orang yang bercakap perkara sia-sia dan berlagak angkuh sombong malah ia berasa bangga dengan kesombongannya"

Para sahabat bertanya lagi " wahai rasulullah sessunguhnya kami telah mengetahui orang yang bercakap sia-sia dan yang berlagak angkuh dan sombong tetapi apa maksud dengan kesombongannya? jawab rasulullah ialah orang yang takbur"

Huraian
  • Orang yang berakhlak mulia adalah orang yang paling dikasihi oleh rasulullah dan diberi tempat yang paling dekat dengan rasulullah di hari kiamat nanti
  • Bercakap-cakap kosong atau perkara-perkara yang sia-sia dan membuat fitnah adalah perbuatan yang dilarang oleh kerana ia tidak mendatang apa-apa kebaikan bahkan bakal mengundang azab di akhirat kelak.
  • Islam juga melarang hambanya bersifat bangga diri dan memandang rendah orang lain sebaliknya bersifat tawaduk dan rendah diri dan menjaga hati orang lain.

Wednesday, September 10, 2008

CLaSsMate!!


Hmmm... x tahu nk ckp pe.. pasal budak2 kelas haku... badan dan akal sama otak berbeza-beza. Aku masih ingat masa aku sem 1 Sarip housemate aku.. sem 3 dan 4 ko akan kenal siapa kawan siapa lawan.... siapa boleh buat kerja siapa x boleh buat kerja...

Aku dah rasa... hmmm.. x tahu nak cakap ape.. miss a lot kawan-kawan lama masa sekolah ngan uni10.... kekawan lama aku xdelah memburukkan nama aku sebaliknya saling mengingati dan menasihati... paling koman kalo jumpa mesti tangkap tegur punya... ni satu kelas pun nak tarik muka??... pasal mende2 yang berlaku aku dah lupa... aku tak nak fikir buang jauh-jauh.. kita fikir untuk masa depan.. kita punya bukan mereka!!
kalau kawan betul2... hmmm mereka akan fikir dan kerja sama2.. benda yang x betul di tegur dengan cara yang elok....

Ok.. guys aku x nak ungkit!!
Chill.. stAy frieNds!!!

Kaizoku family!! @ i Love so Much


My faMily... me.. my beLoved Mum and Dad..
.huhu kekAdang maSa keCik seLalu buAt MaraH.. seKarang daH x KisAh.. YaNg penTing akU naK bAlas Jasa Mak BaPAk aku..

SeKArang Aku AgaK meRAsa aPA YanG diMAksUdkan deNgan FamiLy...
One DowN CaN yOu StaNd StraIght??
ThougH mY Dad saKit.. eveRy seCond I wiSh to God. heLp My DaD!!
SuMtime I See My Bro anD my Sis Cry...
hMMmm... I saYanG my FAmIly beTul!!

KeKAdaNg KaLO x CaLL perGH.. caM NK TangKAp SeDeyh
jaDi sAyanGilaH keLuarGA andA!!
BahaGiakAN mereKA seHIngGa ke AkhiR hayAt
My siS..mY brO I wiLL heLp U!!

~~x tahu nk cakap apa.. cm nak nangis kalo type sume~~

Rasa Frust?





Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman

Surah Al-Imran
ayat 139

Tuesday, September 9, 2008

Cinta dalam pandangan Islam

Cinta adalah sesuatu perkara suci..Islam adalah agama fitrah sedang cinta itu fitrah kemanusiaan. Allah telah menanamkan perasaan cinta itu kepada setiap manusia Islam iu tidak menghalang seseorang bercinta dan dicintai bahkan rasulullah menganjurkan agar cinta itu diutarakan.

Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaklah ia memberitahu bahawa ia mencintainya :- Riwayat Abu Daud dan Tarmizi

" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatnya bahawa dia menciptakan untuk kamu (kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sessunguhnya yang demikian itu mempunyai keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "
Surah Al-Rum ayat 21

Ayat inilah sebenarnya jaminan Allah kepada pasangan-pasangannya yang bersatu akan menemui cinta ( selepas bernikah) jadi tidak perlu jatuh cinta dahulu baru bernikah. Dalam Islam ada peringkat-perringkat cinta:

  1. Tattayum iaitu "solatku ibadahku hidupku matiku hanya untuk rabbul amin"
  2. Isyk iaitu hak rasullulah iaitu perasaan hormat patuh ingin selalu membelanya mecontohi dan sebagainya bukan menghambakan diri
  3. Syauq ia cinta antara mumin danmukmin seperti suami dan isteri bapa dan anak membuahkan rasa mawaddah wa rahmah
  4. Shababah membuahkan cinta sesama muslim melahirkan ukhwah islamiah
  5. Ithf(simpati) dituju pada manusia simpati yang cenderung menyelamatkan manusia dan berdakwah
  6. Cinta paling rendah sesama manusia seperti harta benda



aRE-nASS@KAiZOKU

alHAMDULLILAH..
Ini kali ketiga buat blog... yang pertama dan kedua fail... huhu
tapi Yang nie maybe kekal kot...
tujuan buat blog.. maybe untuk diriku.. dan allah
and some part apa yang aku alami dalam sepanjang aku hidup.....

kenapa kaizoku??
kaizoku maksudnya lanun... kenapa lanun??
bayangkan dunia xde lanun??
aman ke?? hmm ada tujuan lanun tu wujud
sebab dia rompak orang kaya.. untuk family dia yang susah...
betul tak???

tujuan dia baik.. cuma cara dia salah...