Friday, September 12, 2008

Manusia yang dibenci dan dikasihi rasulullah

Rasulullah bersabda bermaksud
"Sessunguhnya orang-orang yang aku paling aku kasihi di kalangan kamu dan orang yang paling dekat tempat duduknya denganku di hari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya. Sessungguhnya orang yang paling aku benci dan jauh dariku adalah orang yang bercakap perkara sia-sia dan berlagak angkuh sombong malah ia berasa bangga dengan kesombongannya"

Para sahabat bertanya lagi " wahai rasulullah sessunguhnya kami telah mengetahui orang yang bercakap sia-sia dan yang berlagak angkuh dan sombong tetapi apa maksud dengan kesombongannya? jawab rasulullah ialah orang yang takbur"

Huraian
  • Orang yang berakhlak mulia adalah orang yang paling dikasihi oleh rasulullah dan diberi tempat yang paling dekat dengan rasulullah di hari kiamat nanti
  • Bercakap-cakap kosong atau perkara-perkara yang sia-sia dan membuat fitnah adalah perbuatan yang dilarang oleh kerana ia tidak mendatang apa-apa kebaikan bahkan bakal mengundang azab di akhirat kelak.
  • Islam juga melarang hambanya bersifat bangga diri dan memandang rendah orang lain sebaliknya bersifat tawaduk dan rendah diri dan menjaga hati orang lain.

No comments: