Tuesday, September 9, 2008

Cinta dalam pandangan Islam

Cinta adalah sesuatu perkara suci..Islam adalah agama fitrah sedang cinta itu fitrah kemanusiaan. Allah telah menanamkan perasaan cinta itu kepada setiap manusia Islam iu tidak menghalang seseorang bercinta dan dicintai bahkan rasulullah menganjurkan agar cinta itu diutarakan.

Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaklah ia memberitahu bahawa ia mencintainya :- Riwayat Abu Daud dan Tarmizi

" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatnya bahawa dia menciptakan untuk kamu (kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sessunguhnya yang demikian itu mempunyai keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "
Surah Al-Rum ayat 21

Ayat inilah sebenarnya jaminan Allah kepada pasangan-pasangannya yang bersatu akan menemui cinta ( selepas bernikah) jadi tidak perlu jatuh cinta dahulu baru bernikah. Dalam Islam ada peringkat-perringkat cinta:

  1. Tattayum iaitu "solatku ibadahku hidupku matiku hanya untuk rabbul amin"
  2. Isyk iaitu hak rasullulah iaitu perasaan hormat patuh ingin selalu membelanya mecontohi dan sebagainya bukan menghambakan diri
  3. Syauq ia cinta antara mumin danmukmin seperti suami dan isteri bapa dan anak membuahkan rasa mawaddah wa rahmah
  4. Shababah membuahkan cinta sesama muslim melahirkan ukhwah islamiah
  5. Ithf(simpati) dituju pada manusia simpati yang cenderung menyelamatkan manusia dan berdakwah
  6. Cinta paling rendah sesama manusia seperti harta benda



No comments: