Friday, April 3, 2009

Erti berjuang demi ilmu!





salam'alaik..
mesti ramai tertanya kenapa logo MSU ni ada dekat atas..
sebab MSU nie tempat kita menuntut ilmu...

sejak akhir2 nie..
ramai suka mengkritik..
mempertikaikan orang yang mengajar kita..
macam mana pun mereka tetap guru kita

berterima kasih pada pensyarah yang penat lelah mengajar kita
walaupun kita kadang2 x sependapat dengan dia..
berjuang kerana ilmu..
kerana ilmu itu halal..
harus kita menjadi pelajar yang menerima ilmu dengan hati terbuka..
cukuplah kita mengkritik..
tiba masa kita membuktikan

belajar juga ibarat berjuang demi hak kemanusian..
jadilah manusia berprinsip..
panduan kita pada quran..
amar ma'ruf nahi munkar..
jika ada yang melakukan kesilapan tegurlah dengan cara yang baik..

Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.
Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah,
mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun”[1].
Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna & rahmat dari Robb mereka
& mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.“
(QS Al Baqarah 2: 155-157).



Saya pegang kepada prinsip saya,
bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
Kerana kemudian hari itu akan ada ada kesenangan buat kita.
Allah juga sudah berjanji kepada kita bahawa jika kita berusaha mendapatkannya, Allah akan berikan kepada kita.
Kita hanya perlu berusaha dan meminta kepadanya.
Pasti akan ada kejayaan buat kita.
Percayalah kepada Allah bahawa akan ada kejayaan buat kita.
Jangan menyerahkan kepada takdir sahaja sebaliknya kita perlu berusaha.
Usaha itu penting buat kita
Jangan kita menyalahkan takdir, kita perlu menerimanya dengan hati terbuka.

Kerana saya percaya ada hikmah di sebaliknya.
Allahu Akbar, Allahu Akbar.

No comments: