Wednesday, April 29, 2009

Tahap keimanan seseorang... renungkan

Percakapan juga seperti perbuatan melambangkan tahap keimanan seseorang. Orang beriman menjaga setiap tutur katanya bagi mengelak perkara buruk seperti mengumpat, menyebar fitnah, mengeji dan berbohong.

Orang yang bercakap perkataan tidak baik termasuk mereka tidak teguh imannya. Mereka tidak dapat mengelak diri daripada bercakap perkataan tidak baik sedangkan agama menyuruh berbuat demikian.

Memandangkan besarnya bencana berpunca daripada lidah, Rasulullah menganjurkan agar sesiapa tidak mampu mengawalnya daripada berkata-kata tidak baik, adalah lebih baik dia mengamalkan sifat ‘mendiamkan diri’.

Banyak kesan buruk akibat lidah celupar. Kata orang ‘kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan merana’. Sebab itulah, besar faedahnya sesiapa mampu menjaga lidahnya daripada memperkatakan tidak baik.

4 comments:

Aniza said...

kerana mulut badan binasa...
naper asek ckp cm2...
huhuhu

hidup bagai roda said...

kata dulang paku serpih..kata org..kau yg lebih..kadang2 apa yang kau sampaikan seperti mengata diri kau sendiri..dan terkena pada kau balik...hidup biar sedar diri..dunia bukan milik kau sorang...pandanglah org sekeliling..jgn pikir org menyakitkan hati kau saja..tp kau juga melukai hati org lain.. x semua org nak jaga hati kau sorang...sebab kau bukan siapa2..hendak mengata @ hapa2 itu hak mereka..kau bukan sesiapa untuk judge mereka..

AKU PELIK TUL said...

amboi ko..bercakap cm ko tu sesuci kain putih ek?? emmm...ko nk kate org lain tp ko sendri pn lebih dr tu..honestly,kebanyakkan nye sikap ko byk menyusah kn org di sekeliling ko..kawan2 ko nie...org dh ckp nchat kn ko tp ko wat bodo ko jer...last2 org pn malas nk ckp pe ngn ko dah..last2 ko rase org yg byk sakit kn ati ko..ko kate org umpat org ln..ko sndri pn cmtu jg..n ko jg mmg sllu umpat org tu jg..pndek kate ko pn sme cm org yg ko kate suke umpat org tuuuuu...pape pn..FIKIR SEBELUM BERSUARA..FIKIIRRRR

Anonymous said...

fikir dlu before ckp pape.
jgn pikir diri kite je yang betul.