Wednesday, April 29, 2009

Teman

" Sebaik-baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya."

" Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak gerinya teringat mati."

Allah SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. jika ada manusia yg tidak suka berkawan atau melarang org lain dari berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri2 sebagai seorang manusia yg normal. inilah ant hikmah kenapa Allah SWT mencipta manusia drpd berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa.

Firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 13: " Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah mencitakan kamu dr lelaki dan perempuan, dan Kami telah jadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak supaya kamu berkenal-kenalan dan beramah mesra antara satu sama lain. Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuannya."

Dalam Islam, faktor memilih kawan amat dititik beratkan. hubungan persahabatan adalah hubungan yg sgt mulia krn kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. ada yang sanggup susah payah, kongsi suka duka dan ada juga yg ada ketika waktu senang dan gembira.

Ciri2 sahabat yang baik:

1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu
3. Jika engkau memerlukan pertolongan, dia akan membantu kamu
4. Jika engkau hulurkan sesuatu yg baik, dia akan menerimanya dengan baik
5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan dari kamu, dia akan menghargai kamu
6. Jika dia melihat sesuatu yg tidak baik tentang kamu, dia akan menutupnya
7. Jika engkau memita bantuan drpdnya, dia akan mengusahakannya
8. Jika engkau berdiam diri, dia akan menanyakan kesusahan kamu
9. Jika datang suatu bencana ke atas kamu, dia akan meringankan kesusahan kamu
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu
12. Jika kamu berselisih faham, dia akan lebih senang mengalah untuk menjaga persahabatan
13. Dia akan membantumu, amal makruf nahi mungkar
14. Dia akan medorongmu mencapai kejayaan di dunia dan Akhirat“Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya.’


Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

Sahabat Yang Tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

Sahabat Hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.

Sahabat Pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.

Sahabat Pemboros dan Suka Hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta , suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-NYA.



Bersahabatlah hanya kerana Allah.....

No comments: